Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

​​​ ​SEJARA​​​H ​PERKEMBANGAN ​
19​53​Semasa pemerintahan gemilang Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Bandar Brunei telah bertukar corak dari sebuah bandar kecil kepada sebuah bandar moden.
19​59​Pegawai Daerah Brunei dan Muara dilantik selaku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dan ketua Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan oleh British Resident.
19​70​Sebagai mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II dalam memajukan pembangunan Negara Brunei Darussalam dan memodenkan Bandar Brunei maka pada tarikh 4 Oktober 1970 Bandar Brunei ditukar namanya kepada Bandar Seri Begawan.
19​72​Pelantikan seorang Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan yang juga berperanan sebagai Ketua Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.
19​84​Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan ditempatkan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.​​​